comscore
Tumpuan :
Nasional

Pendarahan otak punca kematian – KPD Seremban

PETALING JAYA: Kematian pesilat Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, pagi tadi akibat kemalangan ketika pertandingan kejohanan pra-Sukma di Negeri Sembilan, tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa maut akibat pendarahan otak.

“Dia pendarahan dalam otaklah secara secara ringkasnya. Pasal apa masa dia berlawan itu mungkin kaki terkena dekat leher.

“Tiada unsur jenayah, tiada ini pertandingan tiada unsur jenayah, ini mungkin salah langkahlah semasa pertandingan,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Pihaknya juga akan memanggil beberapa saksi termasuk pihak penganjur dan pihak lawan untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian di Dewan Komuniti Taman Coral Height itu, mangsa 21 tahun rebah dan tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.

Wan Muhammad Haikal disahkan meninggal dunia jam 1.20 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, (HTJ).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini