comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penduduk gempar kehadiran buaya sepanjang lima meter 

TUARAN: Penduduk di sini gempar dengan kemunculan seekor buaya besar di Sungai Tuaran, berhampiran Jambatan Batangan.

Ia turut tular di media sosial yang berkongsi gambar buaya sepanjang lebih lima meter itu.

Kemunculan reptilia ganas itu menarik perhatian orang ramai sehingga memenuhi ruang bawah jambatan berkenaan.

Beberapa kaki pancing di daerah ini mendakwa kelibat buaya besar itu sering muncul pada permukaan sungai berkenaan ketika mereka memancing.

Difahamkan, buaya itu sering muncul di sungai itu terutama ketika paras sungai susut dan cuaca panas.

Loading...
Terkini