comscore
Tumpuan :
Nasional

Penelitian semula hala tuju IRDA selari keputusan kerajaan berkaitan pelaburan negara – PM

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Penelitian semula hala tuju Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sebagai Pihak Berkuasa Koridor dan penyelarasan Pelan Pembangunan Komprehensif iii Iskandar Malaysia (CDPiii) 2022 -2030 di bawah agenda Ekonomi Madani, selari keputusan kerajaan menyusun semula landskap agensi penggalakkan pelaburan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penelitian semula dan penyelarasan yang dibuat IRDA bertepatan berikutan kerajaan juga sedang memulakan penyelarasan fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.

“Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Ahli IRDA ke-32 yang antara lain meneliti cadangan hala tujunya sebagai Pihak Berkuasa Koridor dan penyelarasan Pelan Pembangunan Komprehensif iii Iskandar Malaysia (CDPiii) 2022 -2030 di bawah agenda Ekonomi Madani.

“Natijahnya, perkara ini selari dengan keputusan Kerajaan bagi menyusun semula landskap agensi penggalakkan pelaburan negara yang dimulai dengan penyelarasan fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.

“IRDA menyasarkan untuk mencapai jumlah pelaburan yang direkodkan (kumulatif) sebanyak RM636 bilion dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.5 hingga 6.5 peratus dan KDNK perkapita sebanyak RM58,800 pada 2030,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Datuk Seri Anwar berkata, usaha-usaha bagi mencapai sasaran itu antara strategi Iskandar Malaysia dalam menyumbang kepada sasaran Ekonomi MADANI untuk menjadi 30 ekonomi terbesar dunia dan tangga ke-12 teratas dunia di dalam Daya Saing Global.

“Saya percaya, sasaran pertumbuhan Iskandar Malaysia ini turut dipacu oleh inisiatif-inisiatif yang sebelum ini sudah diumumkan seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City.

“Selain itu, mesyuarat turut membincangkan inisiatif-inisiatif strategik yakni menambahbaik Pusat Khidmat Pelaburan Iskandar Malaysia (IMISC) selain meningkatkan sosio-ekonomi melalui padanan pekerjaan yang saksama,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini