comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penemuan kesan dera pada mayat kanak-kanak, ibu dan teman lelaki ditahan

TAIPING: Polis mengesahkan penemuan kesan penderaan pada mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui mati di sebuah rumah di Assam Kumbang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, susulan penemuan pihak forensik itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun serta rakan lelakinya yang berusia 30-an, ditahan bagi membantu siasatan.

“Laporan forensik PDRM mendapati ada unsur penderaan kepada simati. Pihak polis percaya kes penderaan itu berlaku sejak Mac lalu.

“Ibu kanak-kanak itu mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian dengan suaminya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Razlam berkata, siasatan masih diteruskan dan pasangan itu ditahan reman di Mahkamah Taiping hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam media melaporkan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima, Assam Kumbang di sini, pagi semalam.

Polis menerima maklumat kematian kanak-kanak itu pada jam 11 pagi.

Loading...
Terkini