comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pukul penguat kuasa MBPP, dua penjaja ketam nipah direman dua hari

Tangkap layar video tular mengenai kekecohan membabitkan penjaja ketam nipah dengan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di pasar pagi Jelutong, George Town.

GEORGE TOWN: Dua penjaja ketam nipah direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di pasar pagi Jelutong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata suspek berusia 23 dan 35 tahun.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial menerusi video berdurasi 39 saat memaparkan sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjalankan tugas pemeriksaan di Pasar Awam Jelutong.

Dalam kejadian pada jam 9.20 pagi itu, seramai sembilan penguat kuasa MBPP dilapor menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen membabitkan rampasan barangan.

Difahamkan dua penjaja yang beroperasi tanpa lesen itu kemudian diarah menutup perniagaan dan beredar dari kawasan itu.

Tiba-tiba seorang daripada penjaja terbabit membuat provokasi dan menumbuk penguat kuasa MBPP, sebelum penguat kuasa terbabit membalas pukulan bagi mempertahankan diri.

“Tiada kecederaan serius (antara peniaga atau penguatkuasa), hanya lebam,” kata Razlam lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini