comscore
Tumpuan :
Nasional

Penemuan telefon bimbit di dasar sungai rungkai punca insiden kanak-kanak autistik lemas

Mayat kanak-kanak lelaki autism, berumur lima tahun ditemui lemas di Sungai Skudai. FOTO: Ihsan JBPM

JOHOR BAHRU: Penemuan kesan gelincir dan telefon bimbit di bahagian tebing di dasar Sungai Skudai menjadi petunjuk, kehilangan seorang kanak-kanak autism di Kampung Sepakat Baru di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang semalam daripada ibu mangsa berusia 26 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati ibu mangsa menyedari mangsa tiada di kawasan sekitar rumah keluarga di Kampung Sepakat Baru di sini pada jam 3.30 petang.

“Pencarian dilakukan oleh ahli keluarga terdekat dan menemukan kesan tergelincir di tebing Sungai Skudai yang terletak 30 meter di bahagian belakang rumah.”

“Turut ditemui sebuah telefon bimbit di dasar tebing sungai dipercayai digunakan mangsa sebelum hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Seng Lee, mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui di dasar sungai kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pada jam 11.10 malam hasil operasi mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Identiti mayat disahkan keluarga mangsa.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi tujuan bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini