comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengasingan Peguam Negara, Pendakwa Raya lalui tempoh 3 fasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

KUALA LUMPUR: Kajian bagi melaksanakan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan melalui tiga fasa, mengambil kira kompleksiti dan cabaran dihadapi serta memastikan ia dibuat secara terperinci dan holistik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kajian yang dilaksanakan dua pasukan yang ditubuhkan, iaitu Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal, akan memastikan pengasingan itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang pengaruh politik dan urusan undang-undang di bawah Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksanakan secara telus.

Katanya bagi fasa pertama, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif sedang menjalankan kajian berdasarkan keterangan ke atas beberapa negara bagi meneliti dan merangka model paling sesuai dalam konteks Malaysia.

“Negara yang sedang dikaji mengamalkan sistem perundangan berasaskan demokrasi berparlimen, yang mengamalkan sistem adversarial dan mempunyai pelbagai struktur pentadbiran iaitu Persekutuan, Negeri, Kesatuan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai garis masa dan langkah kerajaan dalam melaksanakan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Ujar Datuk Seri Azalina, inisiatif terbabit secara jelas mengambarkan Kerajaan Perpaduan sedang mengorak langkah yang serius secara progresif dan proaktif bagi memastikan usaha pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan mengambil kira semua aspek secara menyeluruh.

Loading...
Terkini