comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pengasuh didakwa bunuh bayi 6 bulan

Foto: NSTP

IPOH: Pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan berusia enam bulan, minggu lalu.

Tan Wooi Cheng, 51, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S Punitha namun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh bayi perempuan berusia enam bulan, Cheong Si Yu di Persiaran Klebang Selatan 5 Tawas Indah di Chemor, di sini antara tengah malam 9 Julai dan 11 pagi 12 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, juga boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Loading...
Terkini