comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengumuman kadar kenaikan gaji memberikan kelegaan kepada penjawat awam – CUEPACS

 


Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PUTRAJAYA: CUEPACS sifatkan pengumuman dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan kadar kenaikan penjawat awam memberikan kelegaan kepada anggota perkhidmatan awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat memuji tindakan Datuk Seri Anwar itu memandangkan gaji penjawat awam sudah 12 tahun tidak dinaikkan.

“Kita amat berharap supaya mereka memahami sebenarnya kedudukan gaji kami yang telahpun 12 tahun tidak ditingkatkan.

“Justeru itu kami merasa munasabah pengumuman ini dan pada masa sama kami ingin melihat juga (masyarakat) dapat memberi kerjasama yang baik untuk terus menyokong perkhidmatan awam,” katanya.

Jelas beliau, sokongan masyarakat terhadap perkhidmatan awam sangat diperlukan dalam memastikan tatakelola terbaik serta sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang terbaik dapat diberikan kepada masyarakat dan negara.

Katanya, perkara itu juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan integriti dan produktiviti penjawat awam.

Pada masa yang sama, CUEPACS juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan pencen kepada pesara ekoran daripada pemansuhan kenaikan 2 peratus sebelum ini.

“Pesara juga berharap jika ada kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam ini,  juga hendaklah dilihat bagaimana penyelarasan pencen kepada pesara-pesara di luar sana.

“CUEPACS amat berharap kerajaan juga melihat dan menimbang secara ihsan apakah kelayakan kepada mereka (pesara kerajaan) dan jika mereka layak berilah sebaik mungkin,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Terdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan pada majlis berkenaan.

Perdana Menteri memaklumkan sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini