comscore
Tumpuan :
Nasional

Peningkatan bayaran STR diharap ringankan beban rakyat – PM

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Perdana Menteri berharap peningkatan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ketara pada tahun ini dapat meringankan beban rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, bayaran maksimum STR bagi isi rumah pada tahun ini ditingkatkan lebih 66 peratus kepada RM500, berbanding RM300 tahun llalu.

Bayaran bagi Fasa 1 STR 2024 kepada 8.2 juta penerima disalurkan bermula hari ini.

Ujarnya, beliau akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang adalah masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat.

“Kerajaan MADANI beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah. Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi MADANI.

“Saya berharap penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR Fasa 1.

Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 pula layak menerima RM100 hingga RM300.

Penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang, masing-masing akan menerima RM150 dan RM100.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini