comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Penonton menangis selepas persembahan Haqiem Rusli & Ariff Bahran

 

Oleh Najwa Azaha

Haqiem Rusli dan Ariff Bahran tampil ke pentas dengan solidariti mereka bersama rakyat Palestin yang kini dalam peperangan dengan tentera rejim Zionis.

Penyanyi duo itu menggabungkan lagu Earth Song dan ‘We’ll Never Die’, berjaya menyentuh hati dan membuatkan penonton menitiskan air mata.

Hos Famili Duo 2023, Janna Nick juga dilihat merasa sebak di atas pentas dan mengelap air mata selepas persembahan mereka tamat.

Juri tetap, Ajai berkata, penyanyi duo ini berjaya memberikan penghayatan yang baik pada malam ini.

“Apa yang awak nyanyikan itu saya rasa…air mata saya rasa…”

“Apabila anda dapat ‘menghidupkan’ air mata individu itu… Alhamdulillah lah…,” kata Ajai.

Persembahan pasangan duo ini juga meletakkan mereka juara minggu ke-2 konsert Famili Duo 3 dengan markah keseluruhan 60.9 peratus.


Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my

Loading...
Terkini