comscore
Tumpuan :
Nasional

15 Kategori dipertandingkan menerusi Tonton Anugerah Drama Sangat

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: 15 kategori dipertandingkan menerusi Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang bakal dilansungkan pada 12 Mac depan.

Penerbit Eksekutifnya, Nurhul Huda Khalid berkata, anugerah berprestij yang memasuki edisi kedua itu diadakan bagi meraikan keringat dan tulang belakang penggiat industri hiburan.

“Peminat drama di Malaysia pasti teruja apabila seleksi drama kegemaran mereka yang disajikan sepanjang bulan Julai 2021 sehingga Oktober 2022 disenarai pendekkan ke malam anugerah seperti Budak Tebing 2, Ayahanda, Melur Untuk Firdaus, Bisik Bisik Gelora, 7 Hari Mencintaiku 3, Suamiku Lelaki Pendosa, Risik Pada Hati, Khilaf Asmara, Aku Tanpa Cintamu, Sekali Lagi Cinta Kembali dan banyak lagi.”

Beliau berkata demikian pada sidang di Putrajaya di sini, hari ini.

Dua pengacara yang serba boleh telah dipilih untuk mengemudikan acara malam kemuncak tersebut menampilkan Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.

“Antara barisan artis tanah air yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah malam tersebut termasuk Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi. Lebih istimewa lagi, terdapat persembahan yang bakal memeriahkan lagi suasana majlis oleh Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.”

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Loading...
Terkini