comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Penunggang motosikal maut elak motosikal lawan arus

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, maut selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, tengah hari tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 1.05 petang itu, penunggang motosikal itu dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang.

Terdahulu tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat menunjukkan satu motosikal melawan arus dari arah MRR2 naik ke Lebuhraya SUKE.

Tidak lama selepas itu, motosikal ditunggang mangsa dirakam gagal dikawal dipercayai cuba mengelak motosikal yang melawan arus.

Motosikal mangsa merempuh pembahagi jalan sebelum dia tercampak ke bawah jejambat.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Loading...
Terkini