comscore
Tumpuan :
Nasional

PerantiSiswa beri manfaat pengajian dalam talian

Oleh Shazwan Kamal Ahmad Shazalli

JITRA: Institut Pendidikan Guru kampus Darulaman komited dalam usahanya meningkatkan kelajuan internet bagi membolehkan penguasaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Timbalan Pengarahnya, Dr Wan Fadzli Wan Haron berkata peningkatan itu melibatkan prasarana internet pada kelajuan 150 megabit sesaat (mbps).

“Syarikat yang dilantik sudah menyiapkan sekitar 60 peratus rangkaian internet bagi membuat peningkatan dari kadar kelajuan semasa, iaitu 100 mbps.”

“Penambahbaikan ini penting kerana kita mahu memanfaatkan kemudahan pembelajaran secara atas talian, apatah lagi dengan pembekalan peranti kepada pelajar kita menerusi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia,” katanya.

 

Jelasnya, 373 orang pelajar institut itu telah menerima peranti yang disediakan menerusi Bajet 2022 sebelum ini.

“Kita sasarkan penerimaan peranti ini kepada 500 pelajar. Kita mahu pelajar kita mempunyai kemudahan yang mencukupi bagi memastikan mereka bersedia untuk mengikuti pengajian dalam talian.”

“Kita sudah mula memanfaatkan penggunaan pengajian ini menggunakan aplikasi terpilih sejak pandemik Covid-19. Kita mahu terus memperkasakan keupayaan kita memahami dan menguasai pendidikan era teknologi baru,” katanya kepada Buletin TV3, di sini.

Untuk rekod, Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Loading...
Terkini