comscore
Tumpuan :
Nasional

Pergelangan tangan putus ditemui di lokasi kereta terbakar, mangsa ‘lesap’

Foto: Ihsan Bomba

IPOH: Pergelangan tangan manusia yang terputus ditemukan di tempat insiden kebakaran kereta berhampiran Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, di sini, hari ini.

Penemuan pergelangan tangan kiri yang terdampar di atas jalan raya itu disedari anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran terbabit, namun tiada mangsa ditemukan di lokasi kejadian.

Difahamkan, sebelum kebakaran itu berlaku, tercetus pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di lokasi kejadian sebelum kemudiannya salah satu dari kereta di situ, dibakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Mohd Jamalludin Mat Yusop, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden kebakaran kereta itu jam 11.16 pagi tadi, dengan pihaknya sampai ke lokasi lapan minit kemudian.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang nombor pendaftarannya tidak diperolehi musnah terbakar 95 peratus.

Menurutnya, turut terdapat berdekatan kereta yang terbakar itu adalah sebuah kereta jenis Proton Saga dan Honda Accord yang dipercayai terbabit dengan perlanggaran.

“Terdapat tangan manusia yang sudah putus dijumpai di lokasi kejadian. Bagaimanapun kesemua mangsa yang terbabit didapati tiada setibanya bomba di lokasi

“Operasi memadam kebakaran itu dibuat sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya, dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, operasi kebakaran membabitkan sembilan anggota BBP Tambun itu berjaya dikawal pada jam 11.30 pagi sebelum ditamatkan jam 11.49 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini