comscore
Tumpuan :
Nasional

PERHILITAN Kelantan terima laporan penemuan bangkai harimau belang di Kuala Krai

Logo PERHILITAN

KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan mengesahkan telah menerima laporan mengenai penemuan bangkai seekor harimau belang di Sungai Dabong, Kuala Krai petang tadi.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata bangkai haiwan liar itu, ditemukan penduduk kampung ketika melalui kawasan sungai berkenaan.

Beliau berkata penduduk kampung memaklumkan perkara itu dan sepasukan renjer telah dikerahkan ke lokasi itu untuk menyiasat.

“Bangkai harimau belang itu kemudiannya dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Negara di Sungkai, Perak untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama malam ini.

Mohamad Hafid berkata prosedur bedah siasat adalah untuk merungkai punca kematian haiwan liar berkenaan.

“Keputusan bedah siasat haiwan liar itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini