comscore
Tumpuan :
Nasional

Perlu dasar jelas untuk kekalkan pelabur – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Dasar Global, Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) Puan Mary Thornton dan delegasi di pejabatnya, semalam. – Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

PETALING JAYA : Kerajaan perlu menggubal dasar serta kebijakan yang jelas dan bersepadu bagi menarik serta mengekalkan pelabur-pelabur di negara ini, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, dasar dan inisiatif yang diwujudkan itu harus selari dengan keperluan semasa dan akan datang.

“Adalah penting bagi kerajaan menggubal dasar serta kebijakan yang jelas dan bersepadu bagi menarik dan mengekalkan pelabur-pelabur di Malaysia.

“Juga perlu diterapkan pendekatan libat urus bersama-sama industri agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan adalah selari dengan keperluan semasa dan akan datang,” katanya menerusi Facebook selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), semalam.

Delegasi SIA diketuai Naib Presiden Dasar Global SIA, Mary Thornton.

Ahli dan anggota SIA mewakili lebih daripada 99 peratus industri semikonduktor AS dari segi pendapatan dan hampir dua pertiga daripada firma cip bukan AS.

Pada pertemuan itu, Malaysia dicadang untuk menjadi destinasi pelaburan asing pada peringkat rantaian yang bernilai tinggi membabitkan syarikat utama dunia.

Perdana Menteri berkata, ahli-ahli SIA  memaklumkan kepadanya mengenai perancangan industri serta cadangan memperkukuh tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing.

“Antara lain saya terangkan pendekatan penting kerajaan yang menggalakkan sektor swasta menerajui pusat-pusat kemahiran sebagai langkah mengatasi isu ketidaksepadanan tenaga kerja baharu dengan keperluan industri.

“Selain itu, kami sependapat bahawa ekosistem perusahaan kecil dan sederhana yang menyumbang kepada rantaian pengeluaran syarikat-syarikat utama dunia perlu sentiasa diberi penekanan dan sokongan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini