comscore
Tumpuan :
Nasional

M40 turut nikmati manfaat subsidi bersasar – PM Anwar

PUTRAJAYA: Golongan M40 juga termasuk dalam kalangan 10 juta rakyat Malaysia yang layak menerima manfaat daripada pelaksanaan subsidi bersasar oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau memahami kegusaran golongan tersebut dan memberi jaminan tiada rakyat akan tercicir daripada menikmati bantuan serta inisiaitf yang disalurkan pentadbirannya.

Insiaitif itu termasuk bantuan e-tunai RM100 menerusi eMADANI yang menerima tujuh juta permohonan sejak mula dibuka semalam.

“Jumlah 10 juta (penduduk) itu adalah mencecah (termasuk) M40…faedah yang kita beri suntikan ini seperti RM100 melalui e-Madani dan kita akan teruskan,” katanya dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani:  Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV3.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan kerajaan akan meredakan sebarang kenaikan harga barang atau petrol akibat pelaksanaan subsidi bersasar itu dengan meningkatkan Suntikan Tunai Rahmah (STR).

Ujarnya, bantuan tunai dilihat lebih baik berbanding pemberian subsidi secara pukal yang turut dimanfaatkan golongan kaya yang mewakili 10 peratus daripada penduduk negara ini, selain kira-kira 3.5 juta warga asing.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini