comscore
Tumpuan :
Nasional

Persekitaran kotor dan jijik jadi ‘Lokaliti Berwabak’

 

BUKIT MERTAJAM: Takungan terbiar jadi sarang pembiakan jentik-jentik, perparitan kotor yang mengundang lipas, lalat dan tikus, serta memproses makanan dalam keadaan jijik antara pendedahan 999 dalam episod ‘Lokaliti Berwabak’ malam ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melalui Unit Kawalan Bawaan Vektor baru-baru melancarkan Op Vektor di beberapa lokaliti ‘hotspot’ dan wabak tidak terkawal bertujuan membendung penularan wabak penyakit khususnya penyakit Denggi.

Sasaran pertama di Kampung Tok Konan, di sini, anggota penguat kuasa mengesan pembiakan jentik-jentik disyaki nyamuk Aedes pada sepasang but getah terbiar di luar premis diduduki warga asing.

Pegawai JKNPP mengambil sampel air mengandungi jentik-jentik untuk ujian makmal. FOTO: 999

Sampel air takungan diambil untuk dihantar ke makmal bagi mengenal pasti jenis virus.

Lebih membimbangkan, penghuni warga asing di sini turut menggunakan sistem perparitan tidak sempurna serta kotor yang dikhuatiri mengundang kehadiran lilati iaitu lipas, lalat dan tikus.

Serbuan pihak berkuasa seterusnya di Kampung Dock mengesan dua individu warga asing memasak dan memproses makanan dalam keadaan kotor dan jijik.

Selain menyimpan dalam peti ais yang berkulat, sisa makanan juga tidak dibuang ke dalam tong sampah dengan sempurna, menyebabkan keadaan menjadi berulat.

2 warga asing dikesan memproses makanan secara tidak bersih di Kampung Dock. FOTO: 999

Ketua Inspektorat Cawangan Penyakit Bawaan Vektor JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata kedua-dua kawasan perumahan yang diperiksa adalah lokaliti berwabak tidak terkawal dan telah mencatatkan sebanyak 6 kes sehingga Mei lalu.

“Seminggu yang lepas kita telah melakukan pemeriksaan dan untuk tempoh yang seminggu dan terkini, masih lagi berlaku pembiakan dan kita melihat tindakan sivik di kalangan masyarakat sama ada warga asing ataupun penduduk setempat yang kurang. Mereka tidak memandang endah dengan kebersihan di sekeliling,” katanya dalam program 999.

Menerusi operasi berkenaan, JKNPP mengeluarkan kompaun terhadap tujuh penghuni kediaman termasuk tiga warga asing.

Saksikan laporan khas ‘Ulat’ KLIA Desak Pelanggan dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu dalam program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 999 TV3 (@999tv3)

Loading...
Terkini