comscore
Tumpuan :
Nasional

Peruntukan lebih RM50j baiki jalan runtuh, rosak akibat banjir

Jalan utama menghubungkan Kuala Balah-Jeli di Kampung Kubur Datu di Jeli runtuh pada Isnin lalu. – Foto ihsan bomba

JELI: Lebih RM50 juta diperuntukkan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi membaik pulih jalan runtuh dan rosak di beberapa negeri terjejas banjir.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata Kelantan merekodkan nilai kerosakan tertinggi yang memerlukan kos keseluruhan RM10.6 juta, selain Terengganu.

“Kita sudah membuat kajian dan kerja baik pulih memerlukan peruntukan lebih RM50 juta dengan ada projek sudah dilaksanakan. Selain kerosakan, ada jalan dan cerun runtuh. Kesemua projek dijangka siap April ini, sebelum Aidilfitiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat jalan Kampung Sungai Sam-Jeli, di sini hari ini bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin.

| ARTIKEL BERKAITTAN

Loading...
Terkini