comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

“Pesan babah, kita kena mati dulu baru masuk syurga” – Anak Hamdan

Anak sulong Hamdan, Muhamad Zeyreen Misha (tengah) dan adiknya, Muhamad Syazreen Haqem (kiri) ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HSA, Johor Bahru. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: “Babah umpama penceramah bebas. Banyak pesanan yang diberikan untuk ahli keluarga dan rakan-rakan.”

Mengimbas kehidupan ayahnya, anggota kumpulan Senario, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli; anak sulungnya Muhamad Zeyreen Misha berkata ayahnya kerap mengingatkannya tentang syurga.

“Pesan babah saya satu, macam mana kita nak masuk syurga, kita kena mati dulu baru masuk syurga, katanya.

Zeyreen Misha yang ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini berkata, jenazah babahnya dibawa ke Masjid Abu Ubaidah Taman Perpaduan di Perak, sebelum dikebumikan malam ini.

Antara anggota keluarga Hamdan yang dirakam berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HSA, Johor Bahru. – FOTO: NSTP

“Babah kami sudah lama berehat (ditidurkan) dan sudah tiba masa saya sebagai ketua keluarga yang baharu membuat keputusan untuk mudahkan rehat babah,” katanya.

Tambah Zeyreen Misha, beliau dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada jururawat dan doktor yang telah merawat babahnya.

Ahmad Hamdan atau lebih dikenali sebagai Hamdan Senario, 54 tahun, menghembuskan nafas terakhir di HSA akibat komplikasi buah pinggang pada 12.50 tengah hari tadi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53 dan empat anak iaitu Muhamad Zeyreen Misha, 31, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini