comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas Pesawat: Wisma Putra pantau rapat perkembangan jika ada rakyat Malaysia terlibat

KUALA LUMPUR: Belum dapat dipastikan jika ada rakyat Malaysia yang terkesan dengan insiden pesawat Japan Airlines (JAL 516) bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun (JCG) di landasan Lapangan Terbang Haneda, Tokyo yang berlaku kira-kira jam 5.47 petang waktu tempatan, hari ini.

Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo memaklumkan dalam satu kenyataan hari ini, sedang memantau rapat perkembangan.

Menurut laporan media tempatan, kesemua 379 penumpang dan anak kapa berjaya diselamatkan, sementara lima daripada enam anak kapal pesawat JCG disahkan meninggal dunia.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden ini, termasuk rakyat dan Kerajaan Jepun.

“Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo kini sedang berhubung dengan pegawai dari Japan Airlines serta pihak berkuasa Jepun untuk menentukan jika ada rakyat Malaysia yang terkesan oleh insiden ini, dan akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya,” kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo:

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo:
20-16, Nanpeidai-cho,
Shibuya-ku,
150-0036 Tokyo

No. Telefon: +81-3-3476-3840 / +8180-3913-3840 (kecemasan)

Emel:
[email protected]
[email protected]

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini