comscore
Tumpuan :
Nasional

PICK Berjaya Kawal COVID 19

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: Kejayaan negara keluar daripada pandemik covid-19 adalah hasil daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin berkata, meskipun berdepan dengan tentangan orang ramai akibat ketegasan beliau melalui program vaksinasi, namun harus diakui bahawa program imunisasi itu menjadi faktor utama negara keluar daripada situasi pandemik.

“Saya tahu ramai marah kata saya tegas, paksa dalam isu vaksin, saya tidak akan meminta maaf sebab kalau kita lihat hari ini, kejayaan kita keluar daripada COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapam pada Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

“Kajian dibuat Institut Penyelidikan Klinikal di bawah KKM menunjukkan bahawa program vaksinasi kita menyelamatkan tidak kurang daripada 17,000 nyawa,”

“Sebab itu kita yakin apabila varian Omicron datang pada Januari dan Februari lalu, menjelang Mac saya ambil keputusan selepas membuat penilaian risiko dengan memberi nasihat kepada Perdana Menteri iaitu pada 1 April boleh diumumkan sebagai tarikh bersejarah dalam perjuangan kita menentang pandemik, iaitu buka sempadan dan kita beralih ke fasa peralihan ke endemik,” katanya lagi.

Loading...
Terkini