comscore
Tumpuan :
Nasional

Pihak berkuasa kesan hantaran semai hasad dengki, kebencian terhadap pemain bola sepak

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun dan halaman media sosial dikesan membuat hantaran yang menyemai hasad dengki dan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan serta individu tertentu akan dikenakan tindakan tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan mengesan individu di belakang akaun media sosial terbabit terutama yang gemar menjadikan kehidupan pemain bola sepak profesional sebagai bahan tohmahan mereka.

Menurutnya, banyak hantaran berunsur tohmahan dikesan membabitkan pemain bola sepak sejak kebelakangan ini dikhuatiri menyemai perasaan benci dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

“Kita kesan hantaran ini di sosial media yang berupa serangan peribadi menyasarkan pemain bola sepak tertentu. Perkara kita tidak boleh dipandang remeh.

“Ia boleh menumbuhkan sikap kebencian yang berlebihan sehingga sampai ke laporan kita wujud lama sosial dan segala macam (bentuk) menyasarkan pemain kebangsaan,” katanya ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 di sini hari ini.

Datuk Seri Saifuddin memberi amaran kepada pihak yang memuat naik hantaran berunsur tohmahan berkenaan supaya menghentikan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, industri bola sepak tempatan tidak besar dan keutamaan harus diberikan kepada pembangunan pemain serta mewujudkan persekitaran yang kondusif buat atlet tempatan untuk menyerlahkan bakat masing-masing.

Terdahulu, media melaporkan arena bola sepak negara menjadi perhatian masyarakat antarabangsa gara-gara kes malang membabitkan dua tonggak Harimau Malaya, Akhyar Rashid dan Faisal Halim.

Berita mengenai dua pemain berkenaan masing-masing disamun dan disimbah asid mendapat liputan media antarabangsa.

Terbaharu, keadaan Faisal Halim yang juga bintang Selangor FC itu dilapor membimbangkan selepas mengalami kecederaan melecur tahap empat akibat disimbah asid kelmarin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini