comscore
Tumpuan :
Nasional

Pilihan Raya Umum Indonesia 2024: Pusat undi awal WTCKL aman walaupun wujud provokasi – Irmohizam

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menegaskan keadaan di pusat pengundian awal masih terkawal meskipun berlaku elemen provokasi di kalangan pengundi.

Jelasnya, keadaan semakin sesak menjelang jam 12 tengahari apabila perkarangan pintu masuk WTCKL mulai penuh dengan pengundi yang menunggu giliran.

Bagaimanapun, keadaan semakin hangat apabila ada pengundi-pengundi yang mulai melaungkan nama serta nombor calon Presiden pilihan mereka.

“Alhamdulilah ketika ini walaupun suasana begitu hangat dengan wujud elemen provokasi,saya ucapkan terima kasih PDRM dari IPD Dang Wangi kerana mereka bersama memastikan kelancaran dan keselesaan, khususnya dengan kehadiran begitu ramai menjelang 12.00 tengahari tadi.

“Saya nak yakinkan keadaan aman tenteram, dengan kerjasama pasukan keselamatan dan DBKL,”katanya ketika ditemui Buletin TV3.

Jelas Irmohizam lagi, keadaan seperti itu dijangka akan berterusan sehingga jam 6 petang sebelum pusat pengundian awal itu ditutup.

Pemerhatian di sekitar perkarangan WTCKL mendapati, ratusan pengundi mula melaungkan nama dan nombor calon pilihan mereka pada Pemilu 2024 kali ini.

Tindakan itu menyebabkan segelintir pengundi lain berang dan turut melaungkan nama calon mereka.

Bagaimanapun keadaan masih terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Kira-kira 233 bilik pengundian disediakan di WTCKL pada proses pemilihan hari ini yang melibatkan 222,945 pemilih.

Selain WTCKL, lima lagi pusat pengundian dibuka di seluruh negara antaranya di Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) serta Kuching (2,988).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini