comscore
Tumpuan :
Nasional

PKMD Johor Bahru bantu daftar kelahiran adik tiri kanak-kanak maut akibat didera

LUNDU: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru akan membantu menguruskan proses pendaftaran kelahiran adik tiri kepada kanak-kanak yang maut akibat menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya.

Ia selepas kanak-kanak yang berusia enam bulan itu kini diletakkan dibawah jagaan bapa saudara tirinya masih belum mempunyai sebarang dokumen berkaitan daftar kelahiran.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, menerusi pertemuan dengan bapa saudara kanak-kanak terbabit pihaknya bersetuju untuk merujukkan beliau ke bahagian Kebajikan Produktiviti PKMD Johor Bahru.

Ia bagi tujuan permohonan bantuan kanak-kanak bagi meringankan beban bapa saudara kanak-kanak itu yang perlu menjaganya selepas kedua ibu dan bapanya berada dalam tahanan polis.

“Bahagian kanak-kanak juga telah menyatakan kita sependapat dengan tindakan yang diambil oleh PKMD Johor Bahru iaitu membantu bapa saudara tiri kanak-kanak itu yang kini perlu menjaga adik tirinya berusia enam bulan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilftri Bersama Pemimpin Parlimen Santubung di Lundu.

Menurut Datuk Seri Nancy, tindakan selanjutnya akan terus diambil bagi membantu adik tiri kepada kanak-kanak terbabit selepas perkara berkaitan siasatan pihak berkuasa mengenai kes terbabit selesai.

Sabtu lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut sebaik tiba di Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya.

Loading...
Terkini