comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PLUS jangka 2 juta kenderaan guna lebuh raya menjelang Aidilfitri

 

Oleh Syafiqah Damanhuri

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada hari-hari puncak menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, trafik dijangka mencatatkan jumlah tertinggi pada 20 April hingga 21 April, 24 April hingga 25 April, 29 April hingga 1 Mei dan 4 Mei hingga 7 Mei 2023.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak 20% berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa.”

“Oleh itu, PLUS menyarankan agar orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik pada Hari-Hari Puncak,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, PLUS juga turut menempatkan lebih 6,000 petugas dari keseluruhan ekosistem lebuh rayanya di plaza-plaza tol, kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah dan laluan utama lebuh raya.

“Ia meliputi anggota peronda, pembantu khidmat pelanggan dan penyelia plaza tol, petugas Pusat Pemantauan Trafik (TMC), anggota RELA, Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) dan kakitangan penyelenggaraan untuk bersedia membantu pengguna lebuh raya”

“Bagi memastikan perjalanan di lebuh raya lebih lancar dan selesa, PLUS akan menghentikan sementara kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di lebuh raya mulai 19 April hingga 1 Mei akan datang. Dalam tempoh tersebut, tiada penutupan lorong akan dilaksanakan.” katanya.

Loading...
Terkini