comscore
Tumpuan :
Nasional

PM bakal umum ‘berita baik’ buat pengamal media 

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh Perak, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan ‘berita baik’ untuk kumpulan media dan wartawan tempatan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri dijangka mengadakan pengumuman berkaitan dasar dan rang undang-undang (RUU) mengenai kebajikan wartawan serta berkaitan rang berkaitan penubuhan majlis media

“Insya-Allah Perdana Menteri akan melakukan ucaptama pada sambutan Hawana dan kita jangka akan ada beberapa pengumuman akan dilakukan.

“Selama ini, kita membincangkan mengenai hala tuju industri media kerana, seperti negara lain, industri media juga dilihat melalui tekanan ekonomi dan banyak syarikat media hari ini tidak lagi membuat penerbitan secara fizikal tetapi mengadaptasi secara dalam talian.

“Oleh itu kesan terhadap kebajikan wartawan antara isu yang perlu diberi perhatian. Oleh itu akan ada beberapa pengumuman berkaitan isu dasar (oleh Anwar).

“Malah kita juga akan meneliti perkara berkaitan penubuhan majlis media dan kita harap akan ada sedikit pengumuman mengenai RUU nanti,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kerajaan juga bersetuju untuk merangka dasar yang bersesuaian dengan konteks negara ini untuk menjaga kemampaman dan kelestarian industri media negara.

“Tahun ini, Malaysia berada di kedudukan ke-23 dalam indeks kebebasan media dalam laporan tahunan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dan ia adalah kedudukan tertinggi negara.

“Jadi adalah penting untuk rakan-rakan media negara diberi kebebasan sepenuhnya, yang penting untuk merencana masa depan negara,” katanya.

Loading...
Terkini