comscore
Tumpuan :
Nasional

PM beri mandat PAUiTM terajui ikhtiar pemikiran baharu masyarakat melayu

FOTO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM)/ Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi mandat kepada Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) untuk menerajui ikhtiar pemikiran baharu masyarakat Melayu.

Ke arah itu, beliau berkata, dukungan penuh diberikan terhadap agenda  Gerakan Alumni UiTM Turun Masyarakat (GEMA) yang akan dilaksanakan PAUiTM, khususnya terkait pendidikan dan pembangunan ekonomi anak bangsa.

Menerusi catatan di media sosial, Perdana Menteri turut menghargai usaha dan peranan yang dimainkan Alumni UiTM khususnya dalam agenda pembangunan masyarakat Melayu dan Bumiputera.

“Saya berbangga melihat hasil usaha UiTM sejak penubuhannya yang telah melahirkan lebih 700,000 alumni di seluruh negara sehingga kini.

“Ini adalah hasil usaha kejuruteraan sosial yang telah mengubah landskap pembangunan negara,” katanya menerusi  catatan di media sosial selepas menerima kunjungan PAUiTM di pejabatnya, semalam.

Loading...
Terkini