comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM dan rakan sejawat dari Singapura saksi Projek RTS Link

 

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong menyaksikan pelaksanaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Malaysia dan Singapura.

Projek berkenaan akan menyambung Johor dengan Singapura melalui pertemuan jejambat marin di Stulang.

Datuk Seri Anwar dan Lee kemudian menandatangani plak sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara bagi menjayakan projek berkenaan yang sudah mencapai tahap kemajuan 65 peratus hingga 31 Disember lalu, seperti yang dijadualkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gambar Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selepas Majlis Penyempurnaan Span Menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bagi Projek RTS Link – Foto: NSTP

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat.

Projek RTS Link adalah rangkaian kereta api ulang-alik sepanjang empat kilometer yang menghubungkan stesen di Bukit Chagar, Johor dan di Woodlands utara, di Singapura.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lee Hsien Loong bergambar bersama tetamu kehormat di Tapak Marin Projek RTS Link, Johor – Foto: NSTP

RTS Link mampu menampung kapasiti sehingga 10,000 penumpang setiap jam satu laluan dan mengambil masa hanya lima minit antara kedua-dua stesen.

Laluan RTS dijadualkan siap pada Disember 2026 itu dijangka membuka lembaran baharu perhubungan dua hala antara kedua-dua negara, termasuk inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura JS-SEZ yang dalam perbincangan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini