comscore
Tumpuan :
Nasional

PM & isteri selesai tunai umrah di Makkah

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menunaikan umrah di Makkah, Arab Saudi sebentar tadi.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengerjakan ibadah umrah sebaik tiba di Jeddah.

 

Turut mengiringi Perdana Menteri bagi mengerjakan ibadah umrah ialah Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.

Sebelum itu, Datuk Seri Anwar tiba di Riyadh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan.

Pemimpin dan delegasi daripada negara anggota OIC berkumpul pada sidang kemuncak itu yang dihoskan Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Perdana Menteri selepas itu dijadual berlepas ke San Francisco, Amerika Syarikat untuk menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Loading...
Terkini