comscore
Tumpuan :
Nasional

PM makan tengah hari, solat Jumaat di Balakong

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

BALAKONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama pengunjung di sebuah kedai makan di Jalan Medan Taming 3B Balakong, Seri Kembangan.

Beliau yang tiba pada pukul 12.50 tengahari meluangkan masa kira-kira 30 minit menjamu selera serta beramah mesra dengan pengunjung di premis makanan itu.

Turut mengiringi beliau Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan seterusnya menyertai solat Jumaat di Masjid Taman Taming Jaya, Balakong.

Solat Jumaat itu turut disertai kira-kira seribu jemaah dan kariah.

Loading...
Terkini