comscore
Tumpuan :
Nasional

PM minta DBKL teliti semula syarat pemilikan PPR 

Foto hiasan

Oleh Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memberi kelonggaran kepada pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang menanggung ibu bapa dan adik beradik OKU atau sakit dan isteri bukan warganegara tetapi mempunyai anak-anak bertaraf warganegara untuk pemilikan rumah berkenaan.

Katanya sebanyak 3,000 permohonan yang menepati syarat diterima dalam setahun untuk PPR sedia ada.

“Daripada 300 unit yang layak setakat ini, jadi kalau kita longgarkan dan saya setuju jika isteri daripada warga asing atau pun OKU, saya akan minta DBKL beri sedikit penyesuaian.

Dalam usaha menyelesaikan isu ini juga, Datuk Seri Anwar memaklumkan kerajaan menekankan dasar mewajibkan pembinaan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam semua projek perumahan yang diluluskan di Kuala Lumpur.

“Dasar yang saya tekankan sekarang adalah semua projek-projek perumahan yang diluluskan diwajibkan membina rumah mampu milik dan PPR kerana kalau kita kekalkan unjuran setelah beberapa tahun ini, 300 unit setahun, ia takkan menyelesaikan masalah.

“Apa yang diumumkan dulu tentang sasaran rumah mampu milik ini belum lagi tercapai, sebab itu ada perubahan baharu sekarang yang saya pengerusikan dua bukan lalu untuk tidak meluluskan mana-mana projek perumahan sekiranya mereka tidak membina projek rumah mampu milik dan projek perumahan rakyat pada masa yang sama, menurut kepada keupayaan dan kawasan kelapangan mereka.”

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, yang meminta tindakan penyelesaian mengenai syarat permohonan menyewa rumah PPR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlalu ketat.

 

 

Loading...
Terkini