comscore
Tumpuan :
Nasional

PM tiba di Tokyo, mula lawatan kerja tiga hari

Oleh: Amanda Lopez

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba, di sini, hari ini untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda kira-kira 9 malam waktu tempatan atau jam 7.54 malam waktu Malaysia.

Datuk Seri Anwar turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Beliau disambut oleh Timbalan Menteri Luar Jepun Yasushi Hosaka dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abd Ghany.

Dengan ini, bermulanya lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri ke Jepun, kali kedua dalam tempoh enam bulan sekaligus mengiktiraf peranan negara matahari terbit, sebagai salah satu sumber utama pelaburan langsung asing bagi Malaysia.

Perdana Menteri berada di sini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei), dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya dari Jepun Fumio Kishida untuk mesyuarat dua hala.

Beliau juga dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan dengan kapten industri tempatan, pelajar dan ahli akademik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini