comscore
Tumpuan :
Nasional

PM tunai solat Jumaat di Bandar Baru Selayang

Oleh: Syafiqah Damanhuri

SELAYANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang.

Beliau yang tiba di masjid itu pada jam 1.15 petang kemudian bersalaman dengan jemaah dan menyertai solat bersama lebih 1,000 orang.

Sejurus selesai, Datuk Seri Anwar bergegas meninggalkan masjid dan sempat berkata kepada pihak media yang menunggu bahawa beliau mahu ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya nak ke IJN sekejap,” katanya ringkas sebelum melambaikan tangan kepada petugas media.

Difahamkan Perdana Menteri mahu melawat sahabat dan kenamaan penting di pusat rawatan itu, petang ini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar turut bersama masyarakat setempat menjamu selera di Medan Selera Bandar Baru Selayang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini