comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ziarah Menteri Agama di hospital

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

PETALING JAYA: Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang dirawat di sebuah hospital.

Ujarnya,, Datuk Dr Mohd Na’im baharu sahaja menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

“Alhamdulillah, keadaan beliau beransur pulih dan saya doakan agar beliau lekas sembuh, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam kiriman di Facebook.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini