comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] IPT perlu cakna, sensitif anjur program akademik

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu lebih sensitif dalam menganjurkan sebarang program akademik memandangkan Malaysia merupakan negara dengan kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan.

Ahli akademik, Professor Datuk Dr Azizul Halim Yahya berkata, sebarang tindakan atau penganjuran program perlu selari dengan dasar dan polisi sesebuah IPT itu sendiri.

Foto hiasan

Katanya, pemilihan program itu perlu ditapis dan diteliti terlebih dahulu sebelum dilaksanakan jika tidak ingin berdepan dengan kesan buruk seperti isu Bruce Willey, Profesor Sains Politik yang mencetus kontroversi apabila menuduh ahli politik Malaysia menggesa ‘Holocaust kedua’ terhadap orang Yahudi dan juga menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tampil sebagai penceramah jemputan di Universiti Malaya baru-baru ini.

Professor Datuk Dr Azizul Halim Yahya

Menurut Dr Azizul Halim, IPT perlu mengamalkan hak kebebasan bersuara, namun ia harus diiringi dengan tanggungjawab lantas menyebabkan hak berkenaan masih terikat dengan pendirian Malaysia berhubung isu-isu tertentu.

“Sebagai universiti yang matang, perlu lebih sensitif tentang keadaan, suasana di sekeliling, terutama tentang penindasan ke atas orang-orang Islam Palestin di Gaza contohnya.

“Jadi di sini, amat sensitif apabila tidak ditangangani sebaik mungkin, akibatnya itu pihak universiti harus berdepanlah dengan segala cabaran-cabaran yang akibat hasil tanpa tapisan tersebut.

“Ini adalah penting, (kerana) universiti sebenarnya untuk membimbing warganya, mereka sebenarnya sudah ada kaedah dan strateginya jadi disitulah apa sahaja yang ingin didedahkan itu sepatutnya mesti seiring dengan dasar polisi universiti tersebut,” katanya kepada Buletin TV3.

Selain itu katanya, garis panduan menyeluruh penganjuran akademik untuk IPT tidak perlu diwujudkan agar penyebaran ilmu dalam warga sesebuah institusi itu tidak terbatas dan terbantut.

Namun beliau tidak menafikan keperluan garis panduan asas pelaksanaan sesebuah program dan butrian selebihnya diserahkan kepada kebijaksanaan institusi terbabit.

Tegasnya, harus diingat peri mustahaknya kawal selia kendiri dan persempadanan dalam melakukan sesuatu perkara supaya tidak berlaku insiden yang boleh menimbulkan amarah rakyat.

Tambahnya, pengurusan sesebuah universiti juga sudah pasti menginginkan kebebasan dalam melakukan program tetapi ia harus didatangi dengan kematangan dan kepekaan tentang situasi semasa.

“Pihak universiti harus menggariskan sedikit sebanyak garis kasar tentang apa yang sepatut dilakukan oleh warga universiti tersebut.

“Jadi panduan-panduan itu penting, sesetengah mereka memerlukan panduan, jadi panduan itu boleh diberikan tetapi kita tidak boleh mengatakan seperti (ianya satu) bentuk undang-undang dengan mengatakan tidak boleh, itu ini tidak boleh.

“Itu juga akan menjejaskan imej universiti tersebut. Tetapi apa yang berlaku itu adalah sebenarnya keadaan yang menganggap bahawa kita boleh bercakap apa sahaja dan diberikan kebebasan apa sahaja. Jadi kita kena tahu bahawa (jika) kita mengamalakan itu, kita akan berdepan dengan ancaman dan cabaran,” katanya.

Dalam pada itu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menyifatkan insiden yang menggemparkan rakyat Malaysia baru-baru ini sebagai memalukan dan mencemarkan nama baik Universiti Malaya (UM).

Presidennya, Nur Nazirah Abdullah menggesa pengurusan tertinggi UM untuk melibatkan KMUM dalam sebarang perbincangan serta pelaksanaan program supaya wujud elemen semak dan imbang dalam segala pembuatan dasar universiti itu.

Presiden KMUM, Nur Nazirah Abdullah

“Kami dan juga beberapa gerakan mahasiswa yang terdapat di UM dan juga diluar universiti juga bersatu untuk membanteras dan menghapuskan ideologi-ideologi yang cuba untuk ditanaman terutamanya berkenaan dengan pro-Zionis di UM.

“Kami KMUM meminta supaya pihak pengurusan tertinggi UM melibatkan KMUM untuk berada dalam apa-apa program yang akan dianjurkan sama ada di peringkat fakulti ataupun peringkat tertinggi UM,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini