comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, seorang lagi cedera insiden pokok tumbang

 

Oleh: Fareez Azman

PETALING JAYA: Seorang mangsa kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, ibu negara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Perkara itu dimaklumkan Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

“Terdapat dua orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota, mangsa pertama seorang lelaki melayu berumur 47 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak KKM.

“Manakala mangsa kedua lelaki melayu berumur 26 tahun mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak paramedik KKM di lokasi,” jelas kenyataan itu.

 

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.19 petang sebelum beberapa pasukan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebanyak 17 buah kenderaan terlibat dalam kejadian itu dan operasi masih dijalankan pasukan penyelamat ketika ini.

“Menurut kenyataan Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur PgKB I M. Fatta bin M. Amin, setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel di sebelah atas telah dihalang dengan dahan-dahan pokok.

“Insiden tersebut turut melibatkan kerosakan fasaliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan,” jelas kenyataan itu lagi.

Ketika ini tidak dapat dipastikan jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini