comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] TERKINI: Kenderaan dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

PETALING JAYA: Beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, ibu negara berhadapan Hotel Concorde, kira-kira jam 3 petang tadi.

Difahamkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kini berada dilokasi dengan menggerakkan beberapa jentera dan anggotanya ke lokasi kejadian.

Operasi mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kenderaan serta menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.

Maklumat awal mendapati kejadian turut menyebabkan kecederaan kepada pemandu kenderaan.

Berdasarkan beberapa video yang tular, pokok menghempap hampir 10 kenderaan sehingga menyebabkan remuk teruk.

Ketika kejadian kenderaan yang dihempap melalui laluan dari arah Kampung Baru menuju ke arah Bukit Bintang.

Kejadian juga turut menyebabkan sebuah monorel yang melalui landasan di atas laluan berkenaan turut tergendala.

Laporan lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini