comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pokok tumbang hempap dua motosikal di ibu negara

KUALA LUMPUR: Lagi kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku, kali ini insiden berlaku di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.59 petang tadi.

“Keluaran pasukan operasi daripada BBP SRI TITIWANGSA bersama jentera FRT-1 dengan kekuatan 5 orang anggota lain-lain pangkat.

“Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Remi Che Hat, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat sebatang pokok tumbang telah menghalang laluan pejalan kaki dan menghempap dua buah motosikal jenis Honda RS (RAK536) dan Honda ADV (VFY666),” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini