comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis buka kertas siasatan 20 individu berarak ke Parlimen

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis Daerah Dang Wangi membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan kumpulan yang berarak ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sudah menasihati kumpulan berkenaan supaya tidak berada di lokasi itu dan mengikut perancangan sedia ada berhubung penyerahan memorandum berkenaan.

“Pegawai polis yang bertugas telah menasihati kumpulan tersebut supaya tidak berarak disebabkan penyerahan memorandum sudah diselaraskan oleh pihak Parlimen.

“Pelarasan yang dibuat adalah pihak penyerah memorandum dan penerima melakukan penyerahan di Tugu Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian semalam, kumpulan terbabit berarak dari Tuju Negara ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum mengenai keselamatan makanan kepada kerajaan.

Noor Dellhan berkata, pihak terbabit tidak mengendahkan arahan daripada pihak polis dengan meneruskan perjalanan ke Parlimen.

“Sehubungan itu Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis telah mengenal pasti individu yang terlibat dan akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Noor Dellhan berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik siasatan dilengkapkan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Loading...
Terkini