comscore
Tumpuan :
Kes

Polis buka kertas siasatan kedai jual mercun meletup

Tangkap layar menunjukkan video tular di aplikasi TikTok berhubung kejadian berkenaan.

ALOR SETAR: Satu kertas siasatan dibuka susulan penyebaran satu video tular di aplikasi TikTok berhubung kejadian kedai menjual mercun meletup di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, laporan polis itu dibuat pada 11.30 malam tadi.

Beliau berkata, ia berkaitan video tular melalui aplikasi TikTok Oh Bulan yang menular kejadian itu kononnya berlaku di daerah ini, semalam.

“Bagaimanapun hasil siasatan mendapati, kejadian itu tidak berlaku di Alor Setar sebaliknya berlaku di kawasan pentadbiran Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, atau denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihak polis turut menasihatkan semua individu supaya tidak sewenang-wenangnya memviralkan isu berita palsu yang akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam.

Loading...
Terkini