comscore
Tumpuan :
Nasional

Hias kenderaan guna lampu hiasan boleh didenda

Tangkap layar kenderaan yang dihias dengan lampu hiasan. – FOTO: @kaksuemeow/ TikTok 

KUALA LUMPUR: Ketika musim perayaan, ramai pemandu mula menghiasi kenderaan masing-masing sehingga ada yang mencetuskan idea paling kreatif.

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna memuat naik video bagaimana dia menghabiskan masa selama enam jam untuk menghiasi kenderaannya dengan menggunakan lampu hiasan.

Bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Syahmi Abdul Latif menjelaskan perbuatan menghias kereta dengan lampu hiasan itu sebenarnya adalah salah.

“Walaupun niatnya hanya untuk menyambut Ramadan, pemilik kenderaan boleh diberi amaran supaya menanggalkan lampu hiasan berkenaan dan mengembalikan ia kepada asal atau dikenakan denda.

“Apa pun, keputusan terletak pada pegawai yang bertanggungjawab.

“Bagi kesalahan jenis ini, denda biasanya dikenakan antara RM100 dan RM200,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, dalam videonya yang mendapat lebih 95,000 tanda suka itu, Nur Aliah berkata, dia pernah terserempak dengan polis beberapa kali ketika memandu di Bukit Bintang tetapi tidak didenda.

“Sebaliknya, polis berkenaan hanya menunjukkan tanda bagus. Saya sudah menanggalkan lampu hiasan dari kereta tetapi masih ada kemungkinan saya akan menghiasnya semula.

“Saya mengambil masa kira-kira enam jam untuk memasang semua lampu dan membalutnya di sekeliling kereta saya,” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini