comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis buru suspek samun guna parang di Felda Air Tawar 4

Oleh Zahir Senapiah

KOTA TINGGI: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai menyamun dan mencederakan seorang wanita di Felda Air Tawar 4, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata pihaknya telah menerima laporan kejadian itu di Balai Polis Teluk Sengat, jam 3.31 petang semalam.

Katanya, berdasarkan laporan yang dibuat, suspek yang memakai topeng muka dan bersenjata sebilah parang telah menceroboh masuk rumah mangsa kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Ketika itu mangsa seorang wanita berumur 50-an sedang tidur di biliknya.

Suspek masuk ke bilik mangsa dan cuba menekup muka mangsa menyebabkan mangsa terjatuh ke lantai dan berlaku pergelutan.

Suspek kemudian bertindak melibas parang dan terkena di bahagian dagu mangsa.

Ketika pergelutan, suspek juga berjaya merentap seutas rantai tangan emas yang dipakai oleh mangsa sebelum
melarikan diri.

Mangsa dilaporkan menanggung kerugian tiga ribu ringgit.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Esmal Fhahmie Abd Malek di talian 017- 7183778 atau menghubungi pihak polis IPD Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau
sebatan.

Loading...
Terkini