comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis buru wanita tekap muka, goncang bayi di taska

 

ISKANDAR PUTERI: Polis  sedang mengesan seorang wanita yang mengasari seorang bayi seperti dalam video yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin dalam kenyataannya mengesahkan menerima laporan berhubung kes dera itu yang dipercayai berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, di sini.

 

Menerusi video berkenaan, wanita  itu dilihat berulang kali meniup hidung bayi berkenaan berkali-kali menyebabkan bayi terbabit menangis.

Video berdurasi kurang seminit itu juga memaparkan tindakan wanita itu menekap muka, memukul dan menggoncang kepala bayi berkenaan ke tilam.

Loading...
Terkini