comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua kanak-kanak dilapor hilang

Zain Rayyan

PETALING JAYA: Dua kanak-kanak dilaporkan hilang dalam dua kes berasingan di daerah Petaling Jaya baru-baru ini.

Kedua-kedua kanak-kanak berkenaan berusia 6 dan 11 tahun.

Tular sejak semalam, seorang budak lelaki autisme berusia enam tahun dilapor hilang di kawasan Damansara Damai.

Zain Rayyan dikatakan memakai pakaian seragam sekolah sebelum dilapor hilang kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Ibunya yang berkongsi mengenai kehilangan Zayn Rayyan di media sosial berkata anaknya OKU autisme dan tidak boleh bercakap.

Beliau memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencari dan mendoakan anaknya.

Difahamkan beberapa agensi menjalankan operasi mencari mangsa di sekitar kawasan Damansara Damai namun belum berhasil.

Dalam kejadian berasingan, seorang budak berusia 11 tahun dilapor hilang di Desa Mentari, Petaling Jaya pada 26 Oktober lalu.

Muhammad Khairul
Muhammad Khairul

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan polis berkaitan kehilangan Muhammad Khairul Ikhwan  Muhammad Rashid pada jam 1.04 tengah hari 24 November lalu.

Kali terakhir mangsa dilaporkan dilihat di rumahnya di Blok 10 Jalan PJS 28/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Mangsa berkulit sawo matang, berbadan kurus, berambut pendek dan memakai baju-T serta seluar sukan berwarna hitam sebelum keluar dari rumah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua kanak-kanak tersebut diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-7966 2222.

Loading...
Terkini