comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis gesa masyarakat cakna ancaman jenayah siber

Foto hiasan

Oleh: Syafiqah Damanhuri

SUBANG: Masyarakat digesa untuk lebih berwaspada terhadap ancaman jenayah siber berikutan kes berkenaan meningkat setiap tahun, menurut Pemangku Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk K.A. Kumaran.

Jelas beliau, peningkatan kes jenayah siber sangat berkait rapat dengan situasi semasa dalam negara apabila rakyat menjadikan internet sebagai platform untuk melakukan pelbagai perkara seperti bekerja dari rumah, pembelajaran secara maya, membeli belah dan melakukan transaksi perbankan.

“Kebanyakan mangsa jenayah tersebut adalah terdiri daripada ahli perniagaan, kakitangan kerajaan, swasta, pelajar, wanita dan mereka yang tiada pekerjaan.” katanya dalam ucapan perasmian Program Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Selangor, di sini.

Tambahnya, kerugian yang ditanggung mangsa jenayah siber juga membabitkan jumlah yang besar.

“Pada tahun 2019, 13,703 kes direkodkan dengan RM539 juta kerugian, tahun 2020, 17,227 kes, dengan kerugian RM511 juta. Manakala pada tahun 2021 sebanyak 20,701 kes dicatatkan dan RM560 juta kerugian,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyaksikan pelancaran aplikasi telefon pintar yang berfungsi menghubungi pihak polis secara terus apabila pengguna dalam keadaan kecemasan atau diancam bahaya jenayah.

Aplikasi itu juga dapat membantu pihak polis mengesan lokasi pengguna secara automatik dengan menggunakan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini