comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis kesan pemandu Grab belasah warga China

 

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Polis sedang mengesan seorang pemandu Grab didakwa mencederakan seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) warga China di perkarangan sebuah hotel di Lorong Sekilau, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hingga kini identiti pemandu Grab terbabit belum diketahui.

Menurut, polis sedang menghubungi “Grab Driver Centre Kuantan” bagi mendapatkan butiran pemandu terbabit.

Katanya, siasatan juga sudah dilakukan di lokasi kejadian termasuk mendapat keterangan saksi serta menyemak rakaman camera litar tertututup (cctv) di perkarangan hotel terbabit.

“Pegawai penyiasat sudah ke lokasi kejadian bersama mangsa hari ini,”

“Terdapat rakaman cctv di hotel itu dan polis juga memanggil pekerja hotel bertugas dan menyaksikan kejadian itu untuk membantu siasatan,”

“Berdasarkan siasatan, kecederaan dialami mangsa disebabkan dipukul objek keras ketika kejadian.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

ACP Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6:20 petang, Ahad lalu, seorang mangsa, dikenali Yuan, 22 tahun mendakwa cedera akibat diserang pemandu Grab.

Wanita terbabit mendakwa kejadian berlaku ketika mangsa dan seorang rakannya menggunakan perkhidmatan Grab dari Menara 188 ke hotel ketika mereka bercuti di Kuantan.

Sejurus tiba di hotel terbabit, pemandu Grab didakwa menyerang mangsa dan menyebabkan wanita terbabit retak jari tangan kanan dan lebam di tangan serta muka.

Mangsa tidak menolak kemungkinan punca kejadian disebabkan cara beliau menutup pintu kereta dinaiki.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini