comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis rampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

KUALA LUMPUR: Polis merampas telefon bimbit pasangan suami isteri yang juga ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata rampasan yang dilakukan itu adalah prosedur biasa yang akan dibuat untuk pihak polis menjalankan siasatan.

“Telefon kedua-dua mereka dirampas. Itu prosedur biasa dalam siasatan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rampasan lain, Hussein berkata perkara itu tidak dapat didedahkan buat masa ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menemukan bukti baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang membawa kepada penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme itu, kelmarin.

Penahanan pasangan itu, masing-masing umur 28 tahun dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada pukul 10.05 pagi.

Kedua-duanya direman tujuh hari bermula semalam hingga 7 Jun ini dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini