comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis sahkan terima dua laporan dari Hafidz Roshdi

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Hafidz Roshdi, berhubung dakwaan keguguran kandungan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada April lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima dua laporan daripada Hafidz pada 17 April dan 6 Mei lalu.

“Tiada sebarang siasatan dibuat ke atas dua laporan polis berkenaan dan ia sudah di rujuk kepada Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu ini masih berjalan.

“Sekiranya benar seperti dakwaan pengadu, satu laporan polis harus dibuat bagi siasatan lanjut dijalankan bersama maklumat berkaitan dengan laporan itu akan dimajukan kepada kawasan di mana keguguran dilakukan.

“Walau bagaimanapun, sebarang perkembangan akan dimaklum semula,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Terdahulu, Hafidz selepas prosiding sebutan semula kes cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini memaklumkan bahawa beliau sudah membuat dua laporan polis terhadap Nurul Shuhada.

Hafidz mendakwa wanita itu menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp menyatakan hasrat untuk mengugurkan kandungan, beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu.

Hafidz berkata laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya manakala laporan kedua dilakukan selepas Nurul Shuhada didakwa meminta wang untuk membiayai kos keguguran.

Nurul Shuhada yang ditemui pemberita di lokasi yang sama berkata beliau tidak boleh mengulas berhubung dakwaan suaminya itu kerana masih dalam siasatan polis dan akan keterangan di Balai Polis Kangar, Perlis hari ini.

Loading...
Terkini